Sahabat Dunia&Akhirat

Feb 19, 2013

Bagaimana kita bisa MENANG?

Assalaamualaikum.

Buat renungan pada diri dan mereka-mereka yg ingin BERJUANG MENEGAKKAN AGAMA ALLAH,InsyaALlah!

Bagaimana kita bisa menang dalam berjuang apabila berbicara kita BERBOHONG..

Bagaimana kita bisa menang dalam berjuang jika berjanji kita MUNGKIRI.

Bagaimana kita bisa menang dalam berjuang jika kita berkata-kata penuh dengan bahasa-bahasa KESAT/SUMPAH SERANAH.

Bagaimana kita bisa menang dalam berjuang jika diri ini selalu MENGUMPAT/MENGATA hal-hal tidak sepatutnya.

Bagaimana kita bisa menang dalam berjuang jika kita berurusniaga dalam perniagaan,kita mengambil keuntungan yg tidak sepatutnya.

Bagaimana kita bisa menang dalam berjuang jika kita di amanahkan suatu perkara,kita tidak AMANAH.

Bagaimana kita bisa menang dalam berjuang jika kita seringkali melakukan perbuatan MAKSIAT?

Bagaimana kita bisa menang dalam berjuang jika diri sendiri dan anak2 tidak di jaga mengikut syariat ISLAM sebenar!

Bagaimana kita bisa menang dalam berjuang jika kita mengatakan tidak suka KEZALIMAN tp dalam sedar dan tidak sedar kita telah MENZALIMI diri sendiri dan org lain.

Diri ini merasa berjuang hanya sekadar demontrasi,bertakbir.. Tp diri ini lupa,perbuatan harian juga ALlah mengambil kira. Kita merintih dan bertanya kenapa sampai sekarang ISLAM masih belum MENANG???? Bagaimana kita bisa menang jika ahli2 nya penuh dengan org yg melakukan dosa di sedari dan tidak di sedari? Kehidupan seharian kita pun,kita tidak mengikut ISLAM secara keseluruhan.. Kita hanya menasihati tp kita tidak mengamalkannya!

Untuk MENANG kita perlu perkukuh kan TAPAK kita iaitu AKIDAH YG BENAR. Bila kukuh nya TAPAK insyaALlah yang lain nya TIANG,ATAP DAN DINDING akan KUKUH dengan sendiri dengan izin ALlah..

Persiapkanlah diri mu wahai PEJUANG..Perkukuhkan lah diri untuk berjuang dalam menegakkan agama ALlah.. Berjuang bukan hanya dengan DAKWAAN anda adalah PEJUANG tp PERBUATAN anda yg membuktikan nya.. InsyaALlah..

IKHLAS bukan sekadar Dakwaan,Tetapi PERBUATAN yg mesti di lakukan..

Sabda Rasulullah SAW "...Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera..." (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Jadi lah Pemimpin2 yang baik,Ahli2 yg baik insyaALlah kita akan MENANG di dunia dan di akhirat..

Semoga ALlah selamatkan kita dari segala KEJAHATAN ..

Jun 4, 2012

Perkongsian : Kisah Si Alim dan Si Pendosa

Assalaamualaikum..

Di sini saya ingin berkongsi sebuah kisah yang menunjukkan aturanNya yang Maha Sempurna.. KeadilanNya yang tiada tanding.. Kisah ni di ceritakan oleh sahabat saya yang bagi saya, Saya patut berkongsi dengan kalian jua InsyaALlah..

Ada seorang guru bercerita kepada muridnya tentang kisah...

Kisah Si Alim


Pada zaman dahulu ada seorang alim ulamak yang hidupnya penuh dengan ketaatan kepada ALlah.. Amalan nya sepanjang hari hanya lah zikrullah..Pada suatu hari dia merasakan ajal nya sudah hampir tiba,dan pada saat itu juga dia terdetik untuk meminum segelas air untuk hajat nya yang terakhir, tp akhirnya hajat beliau tidak kesampaian.. beliau pun meninggal dunia..

Kisah Si Pendosa


Pada zaman itu juga terdapat seorang lelaki yang hidup nya penuh dengan membuat perkara maksiat. Amalan nya harian penuh dengan perkara maksiat. Sudah di tetapkan takdirnya,beliau telah jatuh sakit dan mempunyai satu hajat. Dia memberitahu kepada anak nya untuk memakan seekor ikan besar. Anak nya pada  ketika itu agak runsing kerana ikan yang ayah nya hajati tu hanya boleh di dapati di negara lain..Pada suatu hari suasana di pasar berhampiran riuh rendah kerana nelayan telah berjaya menangkap seekor ikan yang jarang di dapati di kawasan berkenaan. Si anak bergegas ke tempat kejadian dan mendapati ikan itu lah yang ayah nya hajati. Lalu si anak membeli ikan tersebut dan memberi kepada ayah nya. Dan akhirnya lelaki itu pun meninggal dunia selepas memakan ikan itu.

AturanNya


Anak murid bertanya pada gurunya

"Kenapa Si Alim tu x dapat menunaikan hajatnya yang terakhir sedangkan si Pendosa tu dapat menunaikan hajatnya? Bukankah Si Alim telah melakukan ketaatan kepada ALlah sedangkan Si Pendosa tu derhaka kepada ALlah?"


Si Guru Tersenyum lalu Jawab Guru itu,

"Si Alim itu tidak dapat menunaikan hajatnya kerana sepanjang hayatnya, Beliau telah melakukan 1 dosa dan ALlah telah menghapuskan dosanya bila mana hajatnya tidak tertunai sebelum meninggal dunia"


"Manakala Si Pendosa itu sepanjang hayatnya, Beliau melakukan 1 perbuatan kebaikan dan ALlah telah membalas kebaikannya itu dalam menunaikan hajatnya yang terakhir"


"Itu lah AturanNya dan KeadilanNya yang Maha Sempurna. Di balasnya segala apa kita lakukan dengan Adil dan tiada cacat cela.. Maha Suci ALlah dari segala kekurangan"



Apr 5, 2010

KEPALA , HATI DAN JASAD

Assalaamualaikum..

Sedikit perkongsian apa yang diajar oleh guruku mengenai TAUHID..

TAUHID itu ibarat KEPALA
-Manusia tanpa kepala akan mati.. Menandakan Begitu pentingnya TAUHID..

HATI itu KUSYUK
- Tawadduk,Percaya dan Yakin Kepada Kekuasaan ALlah

ANGGOTA BADAN / JASAD itu TAAT
-Membuat segala yang WAJIB dan Meninggalkan segala yang HARAM

P/S: Moga manfaat untuk dunia dan akhirat. InsyaALlah.

Dec 26, 2009

Hakikat Sembahyang

Assalaamualaikum..

Sedikit perkongsian apa yg di ajar oleh guru kami..

Hakikat Sembahyang

1. Berdiri Betul (Qiam) - Melambangkan ALlah Yang Satu (Nafsi/Menafikan diri kepada ALlah)

2. Ruku` - Melambangkan Keagungan ALlah (Aku Mengagungkan dan Membesarkan ALlah)

3. Iktidal - Melambangkan kita rapat dengan ALlah. (Aku Menghormati ALlah)

4. a) Sujud 1 - Melambangkan ALlah Maha Tinggi (Aku menghina diri kepada ALlah.)
b) Sujud 2 - (Aku merendah diri kepada ALlah)

5. Duduk Antara 2 Sujud - Melambangkan kita hamba yg tidak memiliki apa-apa (Aku
memohon keampunan kepada ALlah)

6. Duduk Membaca Tahayyat - (Aku menyerah diri kepada ALlah)

7. a) Salam 1 - Aku meminta keizinan daripada ALlah. Selamatkan semua muslimin
muslimat,mukminin mukminat dan malaikat di sebelah kanan.
b) Salam 2 - Selamatkan semua muslimin muslimat,mukminin mukminat dan malaikat
sebelah kiri.

P/s: Hilangkan keakuan pada diri dan timbulkan perasaan pengabdian sebagai hamba yg hakiki kepadaNya dengan izinNya jua.

"Tiada daya kecuali pertolonganNya"

Aug 26, 2009

Nilai Puasa

Rasulullah SAW dalam meriwayatkan Hadits Qudsi menyatakan bahawa ALLAH SWT Berfirman:-

"Semua amal perbuatan Bani Adam menyangkut dirinya peribadi,kecuali puasa. Sesungguhnya puasa itu untukKu dan kerana itu Akulah yg langsung membalasnya. Puasa itu ibarat perisai. Pada hari melaksanakan puasa mengucapkan kata-kata kotor,tidak sopan dan tidak enak didengar dan jangan pula hingar-bingar bertengkar. Jika di antara kalian memakinya atay mengajak berkelahi,hendaknya katakan kepadanya: " Sy sedang bepuasa."
Selanjutnya Nabi SAW bersabda: "Demi ALLAH yg diri Muhammad dalam kekuasaanNya,sesungguhnya bau busuk mulut org berpuasa lebih wangi di sisi ALLAH 73)dari bau kasturi". Dan bagi orang berpuasa kegembiraan,gembira ketika berbuka puasa kerana sampai waktunya dan gembira ketika kelak menemui RabNya kerana menerima pahala puasanya.
(HQR Syaikhani,Nasa`i dan Ibnu Hibban yg bersumberkan Abu Hurairah)

#Semua amal ibadah dan perbuatan taat mempunyai pahala dan ganjaran tertentu dan terbatas,yang akan diterima oleh org itu sesuai dengan amalnya.

#Adapun puasa yg dilakukan dengan ikhlas menurut tuntutan syara` pahalanya yg besar langsung dari kurnia dan rahmatNya yg Maha Pemurah lagi Penyanyang."

Hadis di atas termasuk untuk melaksanakan adab dan tatacara berpuasa yg ikhlas dan bernilai tinggi:
i) Memelihara lidah dan anggota badan lainnya dari perbuatan yg tidak manfaat

ii)Menjaga diri jangan sampai terlibat dalam satu pertengkaran apalagi perkelahian.

"Satu kebajikan(dibalas) menjadi sepuluh ganda sedang kejahatan dibalas seimbang dengan dosanya atau Kuampuni sama sekali meskipun dia menghadap AKU dengan kesalahan-kesalahan hampir sebesar bumi. Barangsiapa merencakan hendak melaksanakan satu kebajikan ettapi belum dikerjakannya akan dicatat(oleh malaikat) bagi nya satu kebajikan. Dan barangsiapa merencana hendak melakukan satu kejahatan tapi belum dikerjakkannya tidaklah dicatatkan baginya sedikitpun(yg dianggap sebagai dosa). Dan Barangsiapa yg mendekatkan diri kepadaKU sejengkal,AKU akan mendekat kepadanya sehasta. Dan barangsiapa yg mendekatkan dirinya kepadaKu sehasta,Aku akan mendekat kepadanya sedepa."
(HQR Thabrani yg bersumber dari Abu Dzar)

"Barangsiapa yg tidak mau meninggalkan perkataan palsu dan perbuatan palsu,ALLAH tidak akan memperdulikan amal perbuatan ketika meninggalkan makan minumnya(puasa)."
(H.R Ahmad bin Hambal,Bukhari,Abu Daud Tarmidzi dan Ibnu Majah yg bersumberkan Abu Hurairah)

"Bukanlah org berpuasa itu itu hanya berpuasa dari makan dan minum saja,tetapi juga dari omong-omong kosong dan kotor. Jika ada yg memaki-makimu atau berbuat kurang ajar padamu,ucapkanlah aku sedang berpuasa,sungguh aku sedang berpuasa."
(Al-Hadist)

"Banyak org yg berpuasa yg tidak dpt bagian(pahala) hanyalah lapar belaka dan banyak pula org berjaga malam(untuk solat dan zikir) yg tidak dapatkan bahagian(pahala) dari berjaganya itu kecuali hanyalah(kelelahan) berjaga-jaga itu saja."
(Hadits riwayat Ibnu Majah yg bersumber dari Abu Hurairah R.A.)

"Apabila sudah masuk bulan Ramadhan,Dibukankan semua pintu syurga,ditutup rapatlah semua pintu neraka dan di belenggu semua syaitan"
(Al-Hadist)

"Barangsiapa yg melakukan puasa di bulan Ramadhan semata-mata kerana iman dan mengharapkan redha ALLAH,Diampuni dosa-dosanya yg telah lalu. Dan barangsiapa yg bangun malam(untuk solat dan zikir) pada malam Qadar semata-mata kerana iman dan mengharap redha ALLAH,Nescaya diampuni dosa-dosanya yg telah lalu."
(Al-Hadist)

"Apabila telah tiba permulaan bulan Ramadhan dibelunggu lah semua syaitan dan iblis yg nakal-nakal,ditutup rapatlah pintu neraka tidak satu pun yg dibuka. Dan dibuka semua pintu surga,tidak satu pun yg ditutup serta diumumkan; "Wahai orang-orang yg suka melakukan kebajikan mengadaplah........ Wahai orang yg suka melakukan kejahatan dipersilakan mundur." ALLAH menetapkan pembebasan orang-orang dari nereka selama sebulan Ramadhan yg dilakukan pada tiap-tiap malam selama bulan Ramadhan."
(Al-Hadist)

"Alangkah kecewanya orang yg sejak tiba bulan Ramadhan hingga bulan tidak diberi ampunan."
(Al-Hadist)

p/s:Marilah kita sering berdoa semoga dikurniai taufik dan kekuatan lahir batin untuk melaksanakan ibadah puasa dengan hati tulus ikhlas dan taubat yg benar..Amin