::10 WASIAT RASULULLAH::
1. Barang siapa menyebut nama Allah sebelum fajar dan sebelum terbit matahari atau sebelum terbenamnya, nescaya Allah malu untuk menyeksanya dengan api neraka. 2. Apabila engkau selesai solat subuh, duduklah sehingga matahari terbit. Maka sesungguhnya Allah taala akan menulis pahala haji dan umrah atau pahala memerdekakan hamba atau bersedekah seribu dinar pada jalan Allah. 3. Biasakan dirimu berdoa antara azan dan iqamat, sesungguhnya doa itu tidak akan ditolak. 4. Hamba yang paling dicintai Allah ialah orang yang sujud sambil berkata dalam sujudnya...'Ya Allah,bahawasanya aku telah menzalimi diriku, maka Kau ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada apa yang mengampuni dosa melainkan Engkau. 5. Solatlah Engkau di tengah malam walau sekadar memerah susu kambing. Sesungguhnya orang yang bersolat di tengah malam itu adalah secantik-cantik manusia mukanya. 6. Sesungguhnya para malaikat akan memohon keampunan bagi manusia selagi dia berada dalam kesucian dan tidak berhadas. 7. Lazimkanlah diri dengan solat secara berjemaah kerana disisi Allah adalah seperti jalan mu mengerjakan haji dan umrah. Dan tidak ada yang bersungguh-sungguh menunaikan solat jemaah melainkan orang mukmin yang dicintai oleh Allah swt. 8. Berangsiapa yang Allah berikan nikmat kepadanya, dia bersyukur dan Allah beri dugaan, dia bersabar dan jika dia berbuat jahat dia memohon ampun,nescaya bolehlah dia masuk syurga dari pintu mana yang dikehendaki. 9. Berangsiapa yang membaca surah At-Thaariq pada waktu malam sebelum tidur, nescaya dituliskan baginya sebanyak bilangan bintang di langit menjadi kebajikan. 10. Bberilah salam kepada orang yang engkau jumpai daripada kaum muslimin, nescaya Allah tuliskan bagi mu 20 kebajikan dan jika menyambut salam, maka Allah akan tuliskan 4o kebajikan.
0 comments:
Post a Comment