Sahabat Dunia&Akhirat

May 25, 2009

Iman Terbahagi pada 5

1. Iman Taklid iaitu iman yg mengambil daripada perkataan orang dengan tiada boleh mengeluarkan dalil. Iman ini ada pada kebanyakan org awam

2. Iman Ilmu Yakin iaitu iman yg jadi daripada makrifat pada segala `Aqaid dengan segala dalil. Iman ini adalah bagi orang-orang yg mempunyai dalil dan burhan.

3. Iman `Ainul Yakin iaitu iman yg jadi daripada makrifat hati bagi ALLAH Taala dengan sekira-kira tiada ghiab drpd hatinya dengan sekejap mata jua pun. Iman ini bagi Ahli Muraqabah dinamakannya Maqam Muroqabah.

4. Iman Haqqul Yakin iaitu iman daripada hakikat iaitu iman yg jadi daripada keadaan tiada memandang ia melainkan Allah Subhanahu wataala. Iman ini bagi orang `Arif yg dinamakan Maqam Musrsyahadah.

5. Iman Kamalul Yakin atau iman daripada hakikat iaitu iman yg jadi daripada tiada memandang ALLAH Subhanahu wataala. Iman ini bagi orang yg Tahqiq yg dinamakan Maqam Fana (Petikan daripada kitab `Aqiidatun Najin)

3 comments:

Anonymous said...

Maqam iman banyak juge yek,tapi jangan banyak makan..

Anonymous said...

Maqam iman tu banyak maqam , tapi kita ni jangan sampai banyak makan !

Assiddiq said...

hehe..
InsyaALLAH.. mung ke die?
suke aku mmbacanya..~