"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu."
Alam langit nyaris-nyaris pecah dari sebelah atasnya (kerana ngeri dan takutnya kepada kemurkaan ALLAH SWT terhadap penduduk bumi yang lupakan kebesaran ALLAH SWT sehingga menyeleweng dari jalan yang benar); dan malaikat bertasbih dengan memuji Tuhannya serta memohon ampun bagi makhluk-makhluk yang ada di bumi. Ingatlah! Sesungguhnya ALLAH SWT, Dia lah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Bismillahhirrahmannirrahim.. Dengan nama ALLAH yg Maha Esa lagi Maha Kuasa.. Yg mentadbir 7 petala langit dan 7 petala bumi.. Hanya kepadaMu jua kami kembali.. Ya ALLAH.. Tidak tergambar azab Mu.. Bagaimanakah dengan amalku sekarang untuk mengadapMu ya ALLAH. Zat yg Maha Sempurna.. Tiap masa dan detil kami berbuat dosa kepada Mu.. kami lalai padaMu.. Walhal setiap masa Engkau melihat apa yg kami lakukan.. adakah khidmat untuk MU atau khidmat untuk Iblis? Nauzubillah.. Air mataku.. Penyesalanku.. Tiada guna lagi di saat sakaratulmaut menjelma.. Hanya rahmatMu sahaja ketika itu yg dapat membantu kami.. Ya ALLAH.. Yg maha sempurna segala kekuasaan.. Ampunlah segala dosa kami dan berilah petunjuk kepada kami untuk berjalan lurus di jalan MU ya ALLAH.. Permudahkanlah titian sirat ku.. Mudahkanlah untuk ku menghadapi segala ujian2 di dunia ini.. Dan berilah kekuatan kepada ku untuk menanganinya.. Kerana aku takut untuk menghadapinya melainkan Engkau yg membimbing sesungguhnya kami termasuk di kalangan orang2 yg zalim lagi hina.. ALLAH..~
0 comments:
Post a Comment