Sahabat Dunia&Akhirat

May 29, 2009

Ku Merayu padaMu


Ya ALLAH,Maha sempurna segala kekuasaan,Maha sempurna segala kebesaran,Maha sempurna segala kepujian,Maha sempurna segala kesempurnaan Yg Tiada Tandingan.DIAlah Yg berhak disembah dan berhak di taati.Tiada yg lain melainkan DIA yg Kekal tunggal dan Abadi.

Tunjukkanlah aku untuk mengerjakan amal-amal yg baik,tunujkkanlah daku untuk berlaku dengan kelakuan yg terpuji,tidak ada yg akan menunjukkan daku untuk memperbaikkan hidupku melainkan hanya ENGKAU.

YA ALLAH,Yg mendengar segala rintihan dan rayuan para hambaNya dan Yang menunaikan segala hajat setiap makhluk.

Jauhkanlah perbuatan-perbuatan jahat daripadaku,hindarkanlah diri daripada tingkah laku yg tercela,daripada segala perangai yang terkutuk,kerana tidak ada yang dapat menghindarkan daku daripada segala kejahatan itu melainkan hanya ENGKAU jua.

YA ALLAH,Yg maha pemurah lagi maha mengasihani,Engkaulah pentadbir 7 petala langit dan 7 petala bumi dan tiada suatu pun terlepas dari kekuasaanMu.

Hanya bagiMu kamu ruku dan sujud,hanya kepadaMulah kami beriman dan percaya,hanya untukMu lah kami islam dan menyerah diri dan hanya kepadaMu lah kami bertawakal dan membulatkantekad kami.Hanya ENGKAUlah Tuhan dan Tuhanku.Jadikanlah seluruh jasadku kusyul bagiMu,Jadikanlah seluruh pendengaran,seluruh pemandanganku,seluruh daging dan tulangku tunduk mengabdi kepadaMu,Wahai Tuhan Pencipta sekalian alam.

Ya ALLAH Ya Tuhan Kami,Yg menghidupkan kami,yang mematikan kami,yang memegang seluruh jiwa raga kami dan yang Maha Berkehendak.

Ampunilah dosa kami yang lalu dan yang akan datang,ampunilah apa yang terguris dan yang menyimpang daripada kehendakMu,Yang tersembunyi ataupun yg terang,Kerana ENGKAUlah yang lebih mengetahui daripada gerak-geri jiwa dan hati kami.ENGKAUlah Tuhan yang tidak mula dan kalanya,tidak ada tuhan melainkan hanya ENGKAU.~Tidak ada daya dan kekuatan kecuali pertolongan ALLAH Yg Esa.

Ya Allah, tetapkan salam dan selawat kepada Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wassalam beserta isteri dan keluarga beliau. Semoga kesejahteraan juga sentiasa kepada para sahabat dan para tabiin, para tabiut tabiin, dan seluruh umat muslim yg mukmin. Salam sejahtera kepada seluruh Nabi dan Rasul. Dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam.

2 comments:

nz said...

bace doa ni atas kapal..

Assiddiq said...

InsyaALLAH..:")