Sahabat Dunia&Akhirat

May 20, 2009

MARTABAT MUKMIN

Dan adalah martabat orang mukmin itu tiga martabat iaitu:

1.Dholim Linafsih iaitu zalim dirinya sendiri iaitu mereka sentiasa mengerjakan maksiat atau mereka yyg mencampur amal-amal yg soleh dengan kejahatan.

2.Muktasid iaitu mereka yg beramal atas perkara-perkara yg wajib dan menjauhkan perkara yg haram dengan tidak menambahkan amalan-amalan yg sunat dan tiada kurang dengannya.

3.Saabiqun Bil khoiraat iaitu mereka yg berlumba kepada kebajikan iaitu sentiasa Taqarub(Mendekatkan diri) kepada ALLAH dengan mengerjakan segala yg wajib dan segala yg sunat serta meninggalkan perkara yg haram dan yg makhruh.

Firman ALLAH:-

35. Faathir

32. Kemudian Kitab itu Kami wariskan kepada orang-orang yang Kami pilih di antara hamba-hamba Kami, lalu di antara mereka ada yang menganiaya diri mereka sendiri(tidak mengikut isi kitab/Dholim Linafsih)dan di antara mereka ada yang pertengahan(Menurut sekadar tenaganya/Muktasid) dan diantara mereka ada (pula) yang lebih dahulu(Saabiqul Bil khoiraat) berbuat kebaikan[1260] dengan izin Allah. Yang demikian itu adalah karunia yang amat besar.

0 comments: