Sahabat Dunia&Akhirat

May 25, 2009

Tauhid dan Makrifat Bhg 1

# Adapun erti Tauhid itu mengesakan Zat ALLAH Taala dan mengEsakan SifatNya dan mengEsakan Asma`Nya dan mengEsakan Afa`al-Nya.

#Adapun erti makrifat itu mengenalkan yakni mengenal Zat-Nya yg Wajibal Wujud dan mengenalkan setengah daripada Sifat Kamalat Tuhan yg tiada terhingga banyaknya dan mengenal setengah daripada Afa`alNya yg mengadakan Mumkin daripada tiada kepada ada dan daripada ada kepada tiada.

#Maka menegenal ini difardhukan atas tiap2 mukallaf yg `akil baligh lelaki atau perempuan kerana setengah daripada permulaan yg wajib atas tiap2 mukallaf mengetahui dan belajar dan mengajar akan dia sebagaimana sabda Rasulullah SAW yg bermaksud :

"Permulaan agama itu ialah mengenal ALLAH"
Yakni mengenal setengah SifatNya yg wajib lagi sabit bagi Zat Tuhan kita; dan yg mustahil padaNya dan harus padaNya seperti difatwakan oleh Imam Sanusi Rahimallahi Taala dengan katanya:
"Dan wajib atas tiap-tiap mukallaf pada syarak mengetahui barang yg wajib pada hak Tuhan dan barang yg mustahil padaNya dan barang yg harus padaNya dan demikian juga pada hak segala Rasul `Alaihi SholaatuWassalam."

Maka dengan mengenal yg demikian itu barulah sah ibadatnya. Ini diambil faham daripada sabda Rasulullah yg bermaksud:
"Tiada sah ibadat melainkan kenal Tuhan yg diibadat akan Dia."

Tetapi bukanlah disuruh kenal itu Kunhi(Ain) Zat ALLAH Taala kerana Kunhi Zat ALLAH tiada dapat oleh pendapat segala makhluk melainkan Nabi kita Muhammad SAW ketika ia mikraj jua seperti Firman ALLAH :

"Tiada mendapat akan DIA(ALLAH) oleh segala penglihatan sedang Ia dapat melihat (dan mengetahui segala hakikat) segala penglihatan.."(Surah Al-An`am:103)

5 comments:

Ameen Muslim said...

assalamualaikum...
mantap pengisian anta yg diselitkan dgn hadis-hadis.
tetapi satu sahaja yg ana ingin sentuh, ayat 'awaluddin makrifatullah (awal agama ialah mengenal ALLAH)' itu bukan hadith tetapi kata-kata ulama (yg kalau x silap ana Saidina Ali).
So, hati-hati membezakan antara hadith dan kata-kata ulama.
Maafkan ana...
Assalamualaikum...

p/s: sblm trlupa, ana nak join jd follower anta.hrp diizinkan...

Assiddiq said...

Wa`alaikummussalam..
Alhamdulillah.. Di salin dari Kitab cahaya rabbani.. Dari guru tokku ibrahim ibn mohammad.. Kitab ni hanya ada di terengganu je..
Pasal hadis sy dah ceck dlm kitab ni..sama mcm sy taip.. insyaALLAH sy rujuk pada guru sy
Alhamdulillah..
Sy pun nak jadi follower saudari..
InsyaALLAH..ilmu hak milik ALLAH..semua boleh ambil

Ameen Muslim said...

i'ALLAH ana tanya dgn mana2 guru mursyid yg ana kenali tntang ayat ni...
maafkn ana kerana kedhaifan ana dlm ilmu ALLAH,syukran atas respon anta.
firman ALLAH SWT dlm surah al-asr:
"demi masa. sesunggahnya manusia dlm kerugian.kecuali org yg beriman dan beramal soleh,berpesan-pesan kpd kebaikn dan nasihat-menasihat kpd kebenaran."

Assiddiq said...

Alhamdulillah.. Itulah tugas kita.. Islam bersaudara.. saling berpesan-pesan.. syukran.. Moga2 Kita dalam limpahanNya sentiasa. InsyaALLAH..

P/S: Guru mursyid nta ramai ya?

Acit said...

Beramal pada Tuhan yang kita kenal..