Sahabat Dunia&Akhirat

Jul 22, 2009

Kematian Anak-Anak

Menurut Hadits Qudsi:
Ketika salah seorang anak bani Adam meninggal,Allah berfirman kepada MalaikatNya: " Apakah kalian telah ambil nyawa HambaKu itu?" Mereka menjawab: "Ya". Lalu ALLAH berfirman lagi: "Apakah sudah kalian ambil nyawa buah hatinya?" Mereka menjawab: "Ya".
Lantas ALLAH berfirman lagi: "Apa yg telah diucapkan hambaKu?" Mereka menjawab: " Inna Lillahi Wainna Illahi Raji`un". Kemudian ALLAH berfirman lagi: "Bangunlah bagi hambaKu sebuah gedung di dalam syurga dan berilah nama fedung itu,"Baitul Hamdi".
(HQR Tarmidzi yg bersumber dari Abu Musa R.A. begitu pula diriwayatkan oleh Ibnu Hibban,Ahmad,Baihaqi,Thyalisi dan Thabarani.)

#Apabila org itu atau keluarga itu sabar dan redha serta menyerah kembali segala persoalannya pada ALLAH,orang atau keluarga semacam itulah yg termasuk dlm Hadits Qudsi di atas.

#Maha sempurna Janji ALLAH,Tidak DIA jadikan/Aturkan suatu perkara sia-sia. Semua ada hikmahNya. Yg penting sentiasa bersyukur dan berserah padaNya setiap masa dan saat.Subhanallah

Barangsiapa dari ummatku yg telah mempunyai dua org anak(yang meninggal dunia masih kanak-kanak)nescaya dia akan masuk syurga bersama-sama dengan kedua anaknya. Aisyah bertanya: "Bagaimana apabila salah seorang dari ummatmu mempunyai satu org anak(yg mati masih kecil?)"
Nabi menjawab: "Demikian juga org yg hanya mempunyai satu org anak,wahai Muwaffaqah(org yg diberi taufiq!)".
Aisyah bertanya lagi: "Bagaimana halnya yg tidak mempunyai seorang anak pun".
Nabi menerangkan: "Akulah yg menggantikan anak yg mendahuluinya itu bagi ummatku. Mereka tidak pernah ditimpa malapetaka yg lebih besar daripada kematianku."
(H.R at-Tirmidzi Hadits Hasan sharib yg bersumber dari Ibnu Abbas.)

Tiadalah dua org Muslim(Suami-isteri) yg pernah kematian tiga org anak yg belum samapi usia dewasa melainkan ALLAH emngampuni dosa keduanya dengan keutamaan rahmatNya.
(H.R an-Nasai yg bersumber dari Abu Dzar diriwayatkan pula oleh Ahmad dan Ibnu Hibban)

p/s: Semogalah ALLAH menjadikan anak-anak kita manusia soleh yg dpt mengangkat darjat kita ke tingkat orang2 yg diberi nikmat oleh ALLAH. Amin~

4 comments:

Acit said...

Kenalah cepat-cepat berkeluarga agar dapat sama-sama dapat mendidik anak-anak...agar terbina sebuah generasi Ulul Albab.

Assiddiq said...

Oh tidak acit.. Hehe.. serah kat acit la carikan..

arnamee said...

salam.

a'ah. cepat2. sye doakan;)
lalala,

Assiddiq said...

Wslam. Ui.. berat tuh.. x tersedia lagi.. Biar mak je carikan.. kih2