LARI TAKDIR KPD TAKDIR&HAKIKAT TAWAKAL
ALBUKHARI MERIWAYATKAN BAHAWA UMAR AL-KHATTAB RA WAKTU BELIAU KELUAR KE TANAH SYAM,AMIR KAWASAN SYAM MELAPORKAN MEREBAKNYA PENYAKIT YG BERJANGKIT.LALU BELIAU MEMINTA PENDUDUK DARI GOLONGAN MUHAJIRIN,ANSAR DA KETUA-KETUA QURAISH YG KELUAR KE MEDAN JIHAD.GOLONGAN MUHAJIRIN BERSEPAKAT SUPAYA TIDAK MEMASUKI SYAM DAN TERUS KEMBALI KE MADINAH DAN UMAR PUN BERPENDAPAT BEGITU.LALU
BERKATA ABU UBAIDAH “APAKAH ENGKAU LARI DARI TAKDIR ALLAH?”
UMAR MENJAWAB “MOGA-MOGA BUKAN ENGKAU YANG BERTANYA DEMIKIAN WAHAI ABU UBAIDAH.YA,KITA LARI DARI TAKDIR KEPADA TAKDIR ALLAH JUGA.APAKAH PENDAPAT ENGKAU,KALAU ENGKAU LETAKKAN UNTA ENGKAU DI SUATU WADI YANG ADA LEMBAH,SATUNYA SUBUR DAN SATUNYA LAGI KERING.JIKA ENGKAU TAMBATKANNYA DI LEMBAH YANG SUBUR TIDAKKAH BERERTI ENGKAU TAMBATNYA DENGAN TAKDIR ALLAH?DAN JIKA ENGKAU TAMBATKANNYA DI LEMBAH YANG KERING,TIDAKKAH ENGKAU TAMBATNYA DENGAN TAKDIR ALLAH JUGA?”
BERDASARKAN DEMIKIAN,UMAR BIN AL-KHATTAB PERNAH MENANGIS TERHADAP SATU JEMAAH DARI PENDUDUK YAMAN YANG DATANG MENGERJAKAN IBADAT HAJI DENGAN TIDAK MENYEDIAKAN BEKALAN.DENGAN DEMIKIAN,UMAR MENYALAHKAN SIKAP MEREKA.
BERKATA MAAWIYAH BIN KRAT “UMAR PERNAH MENEMUI SEKUMPULAN MANUSIA DARI NEGARA YAMAN.”
BERKATA UMAR “SIAPAKAH KAMU?”
MEREKA MENJAWAB “KAMI ADALAH ORANG YANG BERTAWAKAL KEPADA ALLAH”
UMAR BERKATA “KAMU ORANG YANG MENUNGGU HIDANGAN MAKAN.ORANG YANG BENAR-BENAR BERTAWAKAL ADALAH ORANG YANG MENABURKAN BENIH DI BUMI,KEMUDIAN BERTAWAKAL KEPADA ALLAH”
Sahabat Dunia&Akhirat
Jul 26, 2009
LARI TAKDIR KPD TAKDIR&HAKIKAT TAWAKAL
BERKATA IBNU ALKOYIM ALJUZIT “HAKIKAT TAUHID TIDAK SEMPURNA KECUALI DENGAN ADANYA IKHTIAR MENCARI DAN MENGAMALKAN SEBAB-SEBAB DI BENTANGKAN OLEH ALLAH. MEMBEKUKAN SEBAB-SEBAB ADALAH SUATU KECACATAN PADA DIRI ORANG YANG BERTAWAKAL.MANAKALA MENINGGALKAN LANGSUNG KERANA LEMAH BERUSHA ADALAH BERLAWAN DENGAN PENGERTIAN TAWAKAL KERANA TAWAKAL YANG BENAR IALAH HATI BERPEGANG TEGUH DENGAN ALLAH DALAM BERUSHA MENGHASILKAN PERKARA-PERKARA YANG MENDATANGKAN FAEDAH KEPADA MANUSIA PADA AGAMANYA DAN DUNIANYA SERTA MENOLAK PERKARA-PERKARA YANG BOLEH MENDATANGKAN BAHAYA KEPADA AGAMANYA DAN URUSAN DUNIANYA.DAN PEGANGAN ITU MESTILAH SERENTAK DENGAN USAHA,IKHTIAR DAN DAN MENGAMALKAN SEBAB-SEBAB,KALAU TIDAK MAKA IA ADALAH ORANG YANG MEMBEKUKAN HIKMAH DAN SYARAK ALLAH.”
DI AMBIL DARI KITAB AL-IMAN(RUKUNNYA,HAKIKATNYA,PEMBATALANNYA)
Labels:
Tauhid Dan Akidah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
"ORANG YANG BENAR-BENAR BERTAWAKAL ADALAH ORANG YANG MENABURKAN BENIH DI BUMI,KEMUDIAN BERTAWAKAL KEPADA ALLAH" - i like this.
apa maksud nya?
Post a Comment