Sahabat Dunia&Akhirat

Jun 4, 2012

Perkongsian : Kisah Si Alim dan Si Pendosa

Assalaamualaikum..

Di sini saya ingin berkongsi sebuah kisah yang menunjukkan aturanNya yang Maha Sempurna.. KeadilanNya yang tiada tanding.. Kisah ni di ceritakan oleh sahabat saya yang bagi saya, Saya patut berkongsi dengan kalian jua InsyaALlah..

Ada seorang guru bercerita kepada muridnya tentang kisah...

Kisah Si Alim


Pada zaman dahulu ada seorang alim ulamak yang hidupnya penuh dengan ketaatan kepada ALlah.. Amalan nya sepanjang hari hanya lah zikrullah..Pada suatu hari dia merasakan ajal nya sudah hampir tiba,dan pada saat itu juga dia terdetik untuk meminum segelas air untuk hajat nya yang terakhir, tp akhirnya hajat beliau tidak kesampaian.. beliau pun meninggal dunia..

Kisah Si Pendosa


Pada zaman itu juga terdapat seorang lelaki yang hidup nya penuh dengan membuat perkara maksiat. Amalan nya harian penuh dengan perkara maksiat. Sudah di tetapkan takdirnya,beliau telah jatuh sakit dan mempunyai satu hajat. Dia memberitahu kepada anak nya untuk memakan seekor ikan besar. Anak nya pada  ketika itu agak runsing kerana ikan yang ayah nya hajati tu hanya boleh di dapati di negara lain..Pada suatu hari suasana di pasar berhampiran riuh rendah kerana nelayan telah berjaya menangkap seekor ikan yang jarang di dapati di kawasan berkenaan. Si anak bergegas ke tempat kejadian dan mendapati ikan itu lah yang ayah nya hajati. Lalu si anak membeli ikan tersebut dan memberi kepada ayah nya. Dan akhirnya lelaki itu pun meninggal dunia selepas memakan ikan itu.

AturanNya


Anak murid bertanya pada gurunya

"Kenapa Si Alim tu x dapat menunaikan hajatnya yang terakhir sedangkan si Pendosa tu dapat menunaikan hajatnya? Bukankah Si Alim telah melakukan ketaatan kepada ALlah sedangkan Si Pendosa tu derhaka kepada ALlah?"


Si Guru Tersenyum lalu Jawab Guru itu,

"Si Alim itu tidak dapat menunaikan hajatnya kerana sepanjang hayatnya, Beliau telah melakukan 1 dosa dan ALlah telah menghapuskan dosanya bila mana hajatnya tidak tertunai sebelum meninggal dunia"


"Manakala Si Pendosa itu sepanjang hayatnya, Beliau melakukan 1 perbuatan kebaikan dan ALlah telah membalas kebaikannya itu dalam menunaikan hajatnya yang terakhir"


"Itu lah AturanNya dan KeadilanNya yang Maha Sempurna. Di balasnya segala apa kita lakukan dengan Adil dan tiada cacat cela.. Maha Suci ALlah dari segala kekurangan"



1 comments:

Cik Ebba said...

http://overskyillahi.blogspot.com/
salam ziarah