Kesimpulan Rukun Iman
Dan adalah kesimpulan Iman itu dinamakan Rukun Iman. Ianya mencukupi enam perkara iaitu:-
1. Percayakan ALLAH
2.Percayakan Malaikat
3.Percayakan Kitab ALLAH
4.Percayakan Segala Rasul Utusan ALLAH
5.Percayakan Hari Qiamat
6.Percayakan Qada` Dan Qadar ALLAH
1.Percayakan ALLAH
Makna percaya akan ALLAH itu ialah i`tiqad dengan jazam(tetap dan tegug) yg putus bahawasanya ALLAH Taala itu adalah Tuhan Yg Esa(Tunggal) YGg bersifat segala kesempurnaan yang menjadikan sekelian makhluk dan mentadbirkannya dengan bijaksana dan wajib dikenal akan ALLAH dengan sebenar-benar pengetahuan dan patut disembah akan DIA.
2.Percayakan Malaikat
Percaya bahawa Malaikat itu hamba ALLAH Taala yg bukan mereka itu laki-laki atau perempuan dan tiada mereka itu beribu dan berbapa dan tiada mereka itu makan dan minum dan tiada mereka itu tidur. Adalah pekerjaan mereka itu mengikuti apa yg dititahkan oleh ALLAH Taala dan bulangan mereka itu terlalu banyak, tiada boleh menetahuinya melainkan ALLAH Taala jua. Sekelian mereka itu terpelihara daripada mengerjakan maksiat lagi suci mereka itu daripada segala sifat manusia. Bahawasanya penghulu mereka itu empat iaitu:-
a)Jibrail menyampaikan wahyu
b)Mikail menurunkan hujan dan menjaga rezeki
c)Israfil meniup Sangkakala
d)Izrail mencabut nyawa
dan wajib diketahui akan mereka itu atas jalan tafsil sepuluh malaikat mengikut tugas/pekerjaan iaitu:
1-Munkar dan Nakir yg menanyakan keduanya kepada segala orang yg telah mati
2-Malik Ridzuan menjaga syurga
3-Malik Zabaniah menjaga neraka
4-Rakib dan Atib satu pada kanan mukallaf dan satu pada kiri menurat(menyatat) keduanya sekelian kebajikan dan kejahatan yg dikerjakan oleh mukallaf itu.
Wajib pula mengetahui malaikat yang menanggung `arasy dan mereka itu sekarang ini empat malaikat dan ditambah akan mereka empat malaikat lagi pada hari Qiamat yg mana jumlahnya semua adalah lapan sebagaimana firman ALLAH:-
Sahabat Dunia&Akhirat
May 19, 2009
Iman=Rukun Iman
69. Al Haaqqah
17. Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung 'Arsy Tuhanmu di atas (kepala) mereka.
Bersambung..
Labels:
Kitab Cahaya Rabbani
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment