Sahabat Dunia&Akhirat

May 20, 2009

Percaya pada Kitab Dan Percaya pada Nabi/Rasul

3.Percaya pada Kitab ALLAH(AL-QURAN)
Beramal dgn segala suruhannya dan menjauhi segala tegahan serta yakin dan percaya dengan sebenar-benar kepercayaan bahawasanya ia daripada ALLAH Taala.Bahawasanya kitab yg diturunkan dari langit itu sebanyak 104 Suhuf.

*50 Suhuf diturunkan kpd Nabi Syith (a.s)
*30 Suhuf diturunkan kpd Nabi Idris (a.s)
*10 Suhuf diturunkan kpd Nabi Ibrahim (a.s)
*10 Suhuf diturunkan kpd Nabi Musa(a.s) dahulu sebelum daripada Kitab Taurat
*Kitab Taurat bg Nabi Musa(a.s)
*Kitab Injil bg Nabi Isa(a.s)
*Kitab Zabur bg Nabi Daud(a.s)
*Kitab Al-Quran bg Nabi Muhammad SAW

Maka sekelian tersebut itu wajib kita percaya dan membenarkannya. Akan tetapi apabila dibangkitkan Nabi Muhammad SAW dan diturunkan kepadanya Al-Quran,maka tiada harus mengikut akan yg lain daripada Al-Quran kerana Al-Quran menghimpunkan dan menasakhkan akan segala hukum yg turun kepada rasul-rasul yg dulu daripada Nabi Muhammad SAW.

4.Percaya kepada Nabi/Rasul
Dan makna percaya akan sekelian Anbiya` Alaihissalamtu-Wassalam adalah sekelian mereka itu 124,000 org atas qaul yg masyur dan yg jadi Rasul daripada mereka itu 313 org.Wajib dipercayai apa yg dikhabarkan oleh mereka itu adalah sebenarnya titah daripada ALLAH Taala seperti segala suruhan dan tegahnya bukan daripada hawa nafsu mereka itu (rasul-rasul) sendiri tetapi adalah datang daripada Wahyu ALLAH.
Bersambung Post seterusnya..~

0 comments: