Sahabat Dunia&Akhirat

Jun 6, 2009

Wahai HambaKu~

Dia menyatakan sifat Maa`niNya yg tujuh kepada dirimu agar mengenal dan mencintainya. Dia memberitahu dengan bahasa yg hanya di fahami oleh mereka yg merinduiNya,mereka yang merinduiNya,mereka yg mempunyai ilmu tentangNya. Dia mengatakan :

"Wahai hambaKU,padamu AKU telah nyatakan segala Sifat-Sifat Diri KU. AKU Tuhan yg melihat dan AKU menyatakan pada matamu. AKU Tuhan yg mendengar,AKU nyatakan pada telingamu,AKU Tuhan yg berkata-kata AKU nyatakan pada suara dari mulutmu,AKU berilmu dan AKU nyatakan pada akal kamu,AKU berkuasa dan AKU nyatakan pada gerak diam kamu,AKU berkehendak dan AKU nyatakan pada hati kamu".

"Fahamilah lebih dalam lagi wahai insan bahawa apabila kamu melihat,bukan matamu yg melihat,ianya hanya alat. Hakikat yg melihat adalah roh dan hakikat penglihatan yg ada pada roh adalah AKU. Apabila kamu mendengar,bukan telinga kamu yg mendengar,ia hanyalah alat sahaja,Hakikat yang mendengar ialah roh dan hakikat pendengaran itu dari AKU. Begitulah sifat-sifat yg pada dirimu tiada lain adalah hakikat dari Diri-KU. AKU yang menciptakan makhluk dan segala sifat-sifatnya agar makhluk mengetahui kewujudan-KU dan mengenali-KU."

Rujukan Kitab Cahaya Rabbani
Tajuk Kenali dirimu Kenali Tuhanmu.

2 comments:

nz said...

nnti ajar sy..

Assiddiq said...

InsyaALLAH sama2 belajar