Dalam Hadits Qudsi dikemukakan berikut:-
Kelak pada hari kiamat akan didatangkan beberapa buku yg telah di catatkan lalu dihadapkan ALLAH pada waktu itu ALLAH berfirman: " Buanglah ini semuanya". Malaikat berkata:" Demi Kekuasaan Engkau,kami tidak melihat di dalamnya melainkan baik-baik sahaja". Selanjutnya ALLAH berfirman:" Sesungguhnya isinya ini dilakukan bukan keranaKu,dan Aku sesungguhnya tidak akan menerima kecuali apa-apa dilaksanakan keana mencari keredhaanKu"
(HQR Bazzar dan Thabarani,dengan dua sanad,atau di antara para rawinya termasuk perawi al-Jami`ush Shahih)Kata Guruku.. Beramal tanpa ikhlas.. Sia-sia.. Kerana Keikhlasan lah yg membawa kita ke syurga InsyaALLAH.. Keikhlasan adalah berserah kepada ALLAH.. Kehambaan kepada ALLAH.. Merendah diri kepada ALLAH sepenuhnya.. Dalam keadaan Solat,Ibadat,Hidup dan Mati.. Semuanya dalam keadaan Ikhlas kepada ALLAH.. Kenapa? Bukankah kita ingin mencari redha dari Nya..? Kalau nak cari redha dariNya.. mesti lah buat kerana Nya.. Itulah dia kerana ALLAH..Kerana hanya ALLAH yg dpt memberi syafaat kepada kita. Bila dah buat sesuatu yg baik kerana ALLAH.. Segera istigfar..Mohon pada ALLAH moga2 di bimbing dari riak,takabur dan ujub.. Kerana Iblis ni xhabis2 akan memesong kan kita.. Mmg itu janji Iblis kepada ALLAH untuk menyesatkan kita hingga hari kiamat.
P/S: HIDUP KU..MATI KU.. SOLAT KU.. DAN IBADAT KU SEMUA KERANA ALLAH.. KEPADA ALLAH JUA KAMI BERSERAH.. JADIKANLAH KAMI HAMBA YG IKHLAS MENGABDI KEPADA MU DAN MENJADI KHALIFAH ENGKAU KEHENDAKI.. TIADALAH DAYA KAMI MEMBUAT SUATU PERKARA MELAINKAN BIMBINGAN DAN IZINMU~
3 comments:
Salam..
Adakah kerana syurga Allah maka kita beribadah? Tidakkah layak Allah disembah jika tiada syurgaNya? Sepatutnya kita menyembah Allah hanya kerana Allah semata-mata, tiada yang lain... Waulahualam.
Wsalam Ummi sha.. Betul tu.. tp kata guru sy.. Mengharapkan syurga juga satu sunnah.. :) Tp Untuk mendapatkan syurga kenalah cari keredhaanNya.. Ikhlas keranaNya setiap perkara..Wallahualam..
Ummi.. Zaman dulu sbelum berperang.. Rasulullah bercerita tentang ganjaran syahid iaitu syurga.. dan iman mereka makin meningkat.. ketika perang uhud pula mereka sudah terbau syurga di sebalik gunung uhud.. itulah dia.. Mmg la kita buat sesuatu kerana ALLAH semata2..Kerana DIA TUAN EMPUNYA SYURGA..~Mungkin kata2 sy tu membuat salah faham.. ada baiknya sy ubah..ALLAH xberi apa2 pun DIA TETAP ALLAH yg disembah.. Yg Esa.. Syurga juga DIA jadi.. Semua merangkuminya Ummi sha.. Moga2 yg baik ALLAH redha dan xbaik ALLAH ampuni dan bimbing kita ke jalan yg selamat..Amin~
Post a Comment