Sahabat Dunia&Akhirat

Dec 26, 2009

Hakikat Sembahyang

Assalaamualaikum..

Sedikit perkongsian apa yg di ajar oleh guru kami..

Hakikat Sembahyang

1. Berdiri Betul (Qiam) - Melambangkan ALlah Yang Satu (Nafsi/Menafikan diri kepada ALlah)

2. Ruku` - Melambangkan Keagungan ALlah (Aku Mengagungkan dan Membesarkan ALlah)

3. Iktidal - Melambangkan kita rapat dengan ALlah. (Aku Menghormati ALlah)

4. a) Sujud 1 - Melambangkan ALlah Maha Tinggi (Aku menghina diri kepada ALlah.)
b) Sujud 2 - (Aku merendah diri kepada ALlah)

5. Duduk Antara 2 Sujud - Melambangkan kita hamba yg tidak memiliki apa-apa (Aku
memohon keampunan kepada ALlah)

6. Duduk Membaca Tahayyat - (Aku menyerah diri kepada ALlah)

7. a) Salam 1 - Aku meminta keizinan daripada ALlah. Selamatkan semua muslimin
muslimat,mukminin mukminat dan malaikat di sebelah kanan.
b) Salam 2 - Selamatkan semua muslimin muslimat,mukminin mukminat dan malaikat
sebelah kiri.

P/s: Hilangkan keakuan pada diri dan timbulkan perasaan pengabdian sebagai hamba yg hakiki kepadaNya dengan izinNya jua.

"Tiada daya kecuali pertolonganNya"

11 comments:

arnamee said...

Salam ,lama d atak buka blog ni.
huhu.

perkongsian ini memngingatkan saya pada rancngan Panggilan AGung di astro oasis:)

roha said...

Salam.
Info yang berguna. Izinkan saya copypaste artikel ini. Semoga diberkati Allah swt.

Terima kasih.

Assiddiq said...

Sama2.. InsyaALlah

Zakir Lazarus said...

assalamualaikum....

ohh jadinya hakikat sembahyang ini hilanglah erti sembah menyembah apabila diri menyaksikan diri....

boleh zakir tanya sebab zakir ingin sangat nak tahu nak refer soalan ni pada tok guru sah bayang tok mursyid pun zakir tak pernah jumpa....

jika hakikat sembahyang dari segi pergerakan jasmani membawa erti yang tersirat seperti saudara bagitau apakah sebabnya terdapat perbezaan rakaat pada setiap solat.... mengapa pula setiap kali dalam solat kita mengangkat takbir... bertakbir... bertakbir... ALLAHUAKBAR....

zakir ingin sangat nak belajar jangan hampakan yaaa....

aku yang tak bermursyid....bagai lalang di tiup angin hanya akar syariat yang kuat membuat diri beriman tanpa sakat...

help
.
.
help
.
.

Zakir Lazarus said...

a little sadnes nobody care my loneliness

myraudhatulukhuwah said...

Salam
terima kasih atas perkongsian ini
mengingatkanku yang alpa

Eyda said...

Salam,
Maaf, kalau tiada keberatan, tolong carikan saya solat sains, (tak berapa pasti tajuk sebenar)
Contents; setiap pergerakan solat ada berkaitan dengan kesihatan. Sounds interesting.Rasa nak tahu sangat lebih terperinci
Saya pun dalam pencarian. Harap-harp jumpa.
terima kasih

mamawana said...

Mama singgah sini.

Nice sharing. Keep it up.

Tasbih Alam said...

Salam..

Setelah sekian lama saya membelajari bagaimana untuk menjadi seorang blogger.. Kini telah sampai masanya untuk membina rangkaian bersama blogger hebat yang lain. Serta mempelajari lebih banyak lagi bagaimana untuk menjadi blogger yang hebat seperti anda.

Semoga kita dapat kunjung mengunjung antara satu sama lain untuk mengeratkan silahtulrahim antara kita dan blogger² yang lain..

Sesungguhnya hunjung jari yang menekan papan kekunci adalah lebih hebat dari apa juga senjata yang ada di muka bumi ini. dan Semoga kita sama-sama mendapat menafaat daripadanya..
Insya Allah

Salam ukhwah…
http://tasbih-alam.blogspot.com

Nukilan Gadis Kampung said...

indahnyer islam...I LUV ISLAM

Assiddiq said...

Alhamdulillah.

Zakir, Bertakbir Allahuakhbar bermaksud ALlah maha besar. Kita mengangkat tangan melambangkan penyerahan diri kita tiada upaya semua nya berserah kepada ALlah..

Kita solat mengangungkan DIA.. Sembah Yang ESA.. Kita mengadapkan semua nya kepada ALlah..

Kita juga memohon keselamatan dan kita juga memohon keredhaanNya,Agar amalan kita di terimaNya..

InsyaALlah.. Solat idaklah sekadar perbuatan tp juga hati.. Mcm takbir juga.. Kita tidak sekadar menyebut tapi merasai kebesaran Kuasa ALlah.. Juga mengakui kehambaan diri kita.. Berserah semuanya kepada ALlah..InsyaALlah