Sahabat Dunia&Akhirat

Aug 24, 2009

Menyegerakan Buka Puasa

http://2.bp.blogspot.com/_p-Kgz82NZuc/SLnAP6ozXOI/AAAAAAAAAOQ/P85L4husHpQ/s400/ramadhan%2520banner.jpg

Allah SWT berfirman dalam Hadits Qudsi:
"Sesungguhnya hamba-hamba yg paling cinta padaKu ialah seorang yg menyegerakan berbuka puasa."
(HQR Ahmad dan Tarmidzi yg bersumber dari Abu Hurairah R.A.)

Hadis ini menganjurkan org yg puasa untuk berbuka segera setelah diketahui matahari benar-benar telah terbenam,baik puasa wajib yakni puasa bulan Ramadhan dan Puasa Nadzar ataupun puasa sunat.

"Selama orang berbuka puasa dengan segera,senantiasa berada dalam kebajikan"
(H.R. Bukhari,Muslim yg bersumber dari Sahl Bin Sa`ad)

"Selama UmmatKu melambatkan sahur (hingga dekat waktu Imsak) dan menyegerakan bebruka puasa pada waktunya,senantiasa berada dalam kebajikan."
(H.R Ahmad yg bersumberkan dari Abu Dzar)

"Agama akan sentiasa tampak syi`arnya dengan nyata selama org islam berbuka shaum dengan segera(tepat pada waktunya) sebab org-org Yahudi dan Nasrani melambatkannya."
(H.R. Abu Daud yg bersumber dari Abu Hurairah R.A.)

"Kebajikan itu sepuluh kali ganda dan akan Kutambah lebih sedang kejahatan (Hanya dihitung) satu dan akan Kuhapuskan. Puasa itu untukKu dan Akulah yg langsung membalasnya. Puasa itu adalah benteng dari siksaan ALLAH,Laksana senjata benteng terhadap pedang."
(HQR Baghawi)

"Puasa itu adalah benteng terhadap api neraka dan bagiKulah puasa itu,Akulah yg langsung akan membalasnya. Orang meninggalkan nafsunya,meninggalkan makan dan minum kerana AKU. Sesungguhnya bau mulut org yg berpuasa itu(kelak di akhirat) lebih wangi di sisi ALLAH daripada bau kasturi."
(HQR Baghawi,Thabrani dan `Abadan yg bersumber dari Basyir bin Khashashiah)

"Barangsiapa yg menjaga dengan hati-hati 3 hal pasti dia dalam perlindunganKu. Dan barangsiapa yg menyia-nyiakannya,ia benar2 termasuk musuhKu. Ketiga2 mcm itu adalah solat,puasa dan mandi Junub."
(R.Baihaqi dari Hasan,Mursalan dan Ibnu Najjar yg bersumberkan dari Anas R.A.)

P/S: Semoga kita dpt menunaikan kewajiban kita sebagai hambaNya menruut yg dikehendakiNya dan berjaya untuk dunia dan akhirat.. Amin

17 comments:

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

alhamdulillah..
ada juga benda baru yg tau arini..
lama tak update?
semoga ramadhan ini bkn yg terakhir buat kita..
semoga ramadhan ini memberikan kita kesihatan yg baik utk beribadat.

selamat berpuasa..
=)

Assiddiq said...

Alhamudlillah.. moga2 manfaat untuk kita bersama.. Tiada lain dipinta kecuali redhaNya.. DIA maha menghitung apa yg kita kerjakan.. InsyaALLAH.. Itu yg diharapkan.. Semoga kita lulus dalam "KURSUS" selama sbulan ni yea.. InsyaALLAH..

Selamat berpuasa juga buat cikgu..~

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

mudah-mudahan
kursus percuma ni
harap kita dlm golongan yg merebut ganjaran/diskaun dlm kursus percuma ni.

p/s: erk.. dah tersama mcm pi shopping lak..

Assiddiq said...

Ya.. harap2 kita berjaya ya cikgu.. em? shopping apa lak cikgu.. :D

zwaniislam said...

wahai muhammad,
mksd shopping bg saudari Nur tu,sbb da diskaun dn ganjaran dlm bln barakah ni.phm?

Assiddiq said...

Yelah mokcik..terima kasih tolong jawab..

Ibnu Ismail_77 said...

Kalau dosa dan pahala dah ditetapkan, dimana letaknya ikhtiar itu? Apa bezanya doa dan ikhtiar jika segalanya sudah ditetapkan?
Jika dngan bersedekah kita akan dipanjangkan umur, adakah tuhan itu bersifat baharu?

Assiddiq said...

Kepada Hamid77

"Sesungguhnya ALLAH menetapkan apa yg akan terjadi di alam ini sebelum DIA menciptakan langit dan bumi,Lima puluh ribu tahun sebelumnya."
(Hadis Riwayat Imam Muslim)

Dikeluarkan oleh Imam Ahmad,At-Tirmidzi dan An-Nasai`i daripada hadits Abdullah bin Amr; Katanya:
"Rasulullah menemui kami sambil membawa dua buku di tangannya. Baginda bertanya: "Tahukah kalian buku apakah ini?" Kami menjawab; "Tidak ya Rasulullah,melainkan engkau beritahu kami." Rasulullah menjawab sambil menunjukkan kitab yg ada di tangan kanannya; "Ini adalah kitab daripada Tuhan sekalian alam. Di dalamnya terdpt nama-nama penghuni syurga dan nama-nama org tua mereka serta kabilah-kabilah mereka. Lalu ALLAH melengkapkan dengan penghuni terakhir dan setelah itu tidak ada lagi yg ditambah atau dikurangi." Kemudian baginda menunjukkan kitab yg berada di tangan kriinya sambil bersabda; "Ini adalah kitab daripada Tuhan sekalian alam. Di dalamnya yerdpt nama-nama penghuni neraka dan nama-nama org tua mereka serta kabilah mereka. Lalu ALLAH melengkapkan dengan penghuni terakhir dan setelah itu tidak ditambah dan tidak dikurangi selamanya."

Para sahabt bertanya: "Kalau begitu,apakah manfaat amal ibadah jika segalanya sudah ditetapkan?" Rasulullah bersabda; " Berbuat baiklah kamu dan dekatkanlah diri kalian kepadaNya. Sesungguhnya penghuni syurga,perbuatannya ditutup oleh amalan penghuni syurga walau apa pun yg ia kerjakan. Dan penghuni neraka ditutup perbuatannya dengan amal penghuni neraka walau ia mengerjakan apa pun." Kemudian Rasulullah kembali bersabda sambil mengangkat kedua tangannya; "Tuhan kalian telah berlepas diri. Satu Kelompok di antara kalian di syurga dan kelompok lain di neraka."
(Hadis Riwayat Ahmad,At-Tirmidzi dan An-Nasa`i)


Di try la tgk kat sini http://cahayarabbani.blogspot.com/2009/07/pen-telah-diangkat-dan-catatan-catatan.html#comments

semua rujuk buku blake ade hadis..wallahualam

Ibnu Ismail_77 said...

Terima kasih atas jawapan itu,
Secara ringkasnya;
setiap detik dan setiap saat tidak terlepas dari takdirnya. Atas dasar apa untuk kita berkata aku telah berdoa kecuali kita telah ditakdirkan untuk berdoa. Dimana pula datangnya ikhtiar itu kalau bukan dari kuasa dan kehendaknya. Disini amat tepat 'Tiada Daya dan Upaya melainkan KEHENDAK mu'
Maka benarlah segalanya telah ditakdirkan dan kita x akan tahu takdir kita kecuali setiap saat yang berlalu.

Assiddiq said...
This comment has been removed by the author.
Assiddiq said...

Paham sangat..tp wat2 tanye.. hehe.. alhamdulillah la.. moga2 dalam redhaNya.. di,bakpe nak komen kat blog di susoh ngat? pastu bakpe xletak chatbox nak chatting

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

to zwani, terima kasih kerna clearkan ayat nur tu

hikhik!

agak lari dari soalan tapi sesuai utk dijadikan soalan baru.. 10 markah je ye cikgu bagi..hehe!

Assiddiq said...

Alhamdulillah.. 10 markah dpt.. ok la tu.. sikit2 lame2 jadi bukit..zwani tu mmg camni.. mokcik yg suka jawab soalan.. hehe

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

bagusla ada org jawab soalan daripada org tak jawab soalan..
hikhik!

bagus3x.. semangat tu yg diperlukan dlm setiap org kanak2 ribena..

blajar mana ni?

Assiddiq said...

Sy tembak je cikgu.. soalan objektif.. senang je la.. pakai mesin gun.. huhu

zwaniislam said...

muhammad,..
sedapnya kutuk org ek.bulan barakah pulak tuh.

Assiddiq said...

eh..mane ada ana buat camtu..